Monday, April 13, 2020

   

Pada 18 Mac 2020, rakyat Malaysia telah diarahkan untuk patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  bagi mengelak daripada penyakit Covid-19 terus merebak.  Oleh kerana PKP telah dijalankan di Malaysia, semua pelajar dan kebanyakan pekerja digalakkan oleh kerajaan untuk melakukan semua aktiviti di rumah masing-masing.  Persekolahan telah dilanjutkan dan pekerja juga diberikan cuti.

Memandangkan itu, para guru telah mengambil inisiatif untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian (ONLINE).  Hal ini kerana bagi mengelakkan para pelajar terus tercicir dalam pembelajaran    Namun begitu, pembelajaran secara online ini mempunyai pelbagai kebaikan dan kelemahan.

 Antara kebaikan belajar secara " ONLINE " ialah


  • Para pelajar dapat belajar dengan suasana yang santai.
  • Kelonggaran masa dan tempat belajar
  • Dapat menambah minat pelajar untuk terus belajar
  • Pelajar akan terhindar daripada melakukan perkara yang sia-sia

Manakala kelemahan belajar secara " ONLINE " ialah

  • Para pelajar yang mempunyai masalah rangkaian akan ketinggalan dan tidak dapat mengikuti pembelajaran yang diberikan oleh guru secara terus
  • Sesetengah pelajar mempunyai sikap "MALAS" dan tidak mahu mengikuti sesi pembelajaran secara "ONLINE"
  • Pelajar kurang faham maklumat yang ingin disampaikan oleh guru
  • Pelajar leka dengan perkara sia-sia

Namun begitu, jika pelajar terus mengikuti pembelajaran yang diberikan oleh guru secara atas talian, pelajar tersebut tidak akan tercicir dalam pembelajaran meskipum persekolahan ditangguhkan.  Saya berharap anda semua terus mengikuti pembelajaran yang diberikan oleh gura bagi membantu kalian terus berjaya :)